You are here
berita 

Penyampai berita bergaduh kerana memakai baju warna sama

Quote:

SHERLOCK (tengah) memarahi rakan sepejabatnya, Snook (kiri) kerana memakai warna baju sama sebelum bersiaran langsung. – Ihsan Facebook


Snook (kiri) akhirnya beralah dan memakai jaket hitam untuk mengelakkan pergaduhan yang lebih besar dengan rakannya, Sherlock (tengah).- Ihsan Facebook


AMERIKA SYARIKAT – Gara-gara memakai warna baju yang sama, dua penyampai berita di sebuah stesen televisyen bertekak sebelum bersiaran langsung.

Insiden itu berlaku pada Rabu lalu apabila penyampai berita rangkaian 9 News, Amber Sherlock mempertikaikan rakan sepejabatnya, Julie Snook dan tetamu undangan, Sandy Rea memakai baju berwarna putih sama sepertinya.

Disebabkan itu, Sherlock terus memarahi rakannya itu, untuk memakai jaket berwarna lain , sekali gus menyebabkan tetamu mereka, Rea berasa pelik.

Malah Sherlock turut meminta penerbit rancangan tersebut agar mengarahkan Snook memakai jaket kerana kesemua mereka memakai baju putih.

Namun Snook enggan berbuat demikian kerana dia tidak mempunyai masa menukar pakaian.

Sebaliknya, Sherlock terus bertegas mengarahkan rakannya itu menukar pakaian dengan menjawab:

“Saya sudah memaklumkan kepada anda dua jam lepas yang saya akan memakai baju putih,” katanya.

Akhirnya, Snook beralah dan memakai jaket hitam untuk meredakan keadaan sebelum mereka meneruskan program tersebut.

Walaupun bertekak, kedua-dua penyampai berita itu masih mampu tersenyum sepanjang program tersebut berlangsung.

Sherlock turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf kerana bersikap keterlaluan memaksa rakannya menukar pakaian.

Rakaman kejadian itu turut tersebar dalam laman sosial dan portal tetapi pihak yang mendedahkan video berkenaan tidak diketahui.

http://www.mstar.com.my/berita/berit…uh-warna-baju/

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts