You are here
berita 

Penunggang parah ditetak penyamun, motor LC135 dilarikan

Mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa ke HKL. FOTO ihsan PDRM

Kuala Lumpur: Lelaki penghantar surat parah selepas ditetak empat penjenayah yang menyamun mangsa ketika menunggang motosikal di Jalan Mahameru, di sini, 2.30 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintenden Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 26 tahun menunggang motosikal dari Jalan Mahameru menuju ke Sentul.

Katanya, apabila tiba di lokasi terbabit mangsa ditahan empat lelaki yang menunggang dua motosikal.

“Apabila mangsa berhenti dia disamun empat lelaki terbabit. Mangsa cuba melawan menyebabkan dia ditetak oleh suspek menggunakan senjata tajam dipercayai parang.

“Suspek kemudiannya melarikan motosikal model Yamaha LC135 warna hitam ditunggang mangsa dan mengambil dompet berisi wang tunai sebanyak RM500.

“Mangsa cedera di kedua-kedua tangan dan kaki dibantu orang awam yang memaklumkan kejadian kepada polis dan dia kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta dilaporkan stabil,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Quote:



http://www.hmetro.com.my/node/192672

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts