You are here
berita 

Penunggang motosikal putus kepala digilis lori sawit

KEADAAN motosikal ditunggang seorang pekerja resort, Hairul Jefry Zulkhifle yang terperosok di bawah sebuah lori mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Rim-Chabau, Jasin pagi ini. – UTUSAN ONLINE

JASIN 23 Feb. – Seorang pekerja resort maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya terputus selepas digilis sebuah lori sawit dalam satu kemalangan dekat Jalan Rim-Chabau di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Hairul Jefry Zulkhifle, 29, yang menunggang motosikal seorang diri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Sakri Yusoff berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ayer Keroh selepas menghantar sepupunya ke Sekolah Kebangsaan Chabau di sini.

“Motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggangi mangsa telah merempuh bahagian tengah lori terbabit yang keluar dari ladang berhampiran.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terperosok di bawah lori berkenaan dan diseret sejauh 12 meter sehingga kepalanya terputus,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Quote:




http://www.utusan.com.my/berita/naha…-lori-1.448243

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts