You are here
berita 

Pensyarah USIM, Ustazah johan qari & qariah Perak 2017

Anuar dan Munirah johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak

Quote:

Ipoh: Bekas johan qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Dr Anuar Hasin dinobat sebagai johan qari pada Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak 2017 malam ini

Pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7,500, plak, sijil,hadiah iringan serta pakej menunaikan haji bernilai RM10,000

Qariah pula dimenangi Munirah Razali yang juga ustazah di Sitiawan, manjung yang turut membawa pulang hadiah sama

Kedua-dua qari dan qariah akan mewakili Perak ke tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada 2 hingga 8 April ini

Bagi hafazan pula, kategori juzuk 1 hingga 30, johan disandang Muhammad Hanzalah Ahmad Sukry dan hafizah pula dirangkul Siti Hawa Dzulkifli

Johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000, hadiah iringan, sijil serta pakej menunaikan haji bernilai RM10,000

Kategori juzuk 1 hingga 20, johan dimenangi Muhammad Dzulfaqor Mohd Zaine dan Aiza Nabilah Ahmad Khairuddin (hafizah), masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, sijil serta hadiah iringan

Kategori juzuk 1 hingga 10, johan hafiz adalah Muhammad Syamin Hamdan dan hafizah Puteri Balqis Roslan yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000, sijil serta hadiah iringan

Majlis kali ini membabitkan penyertaan 128 pelajar dari seluruh negeri dan 26 daripadanya terpilih ke peringkat akhir selepas melalui tiga peringkat penilaian

Kesemua hadiah disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak 2017 di Pusat Konvensyen Amanjaya, di sini malam ini

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim

Turut berkenan berangkat, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah

Hadir sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

http://www.hmetro.com.my/node/209779


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts