You are here
berita 

Penjenayah larikan Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet

Quote:



Polis giat mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan kes bawa lari sebuah Toyota Hilux.


KOTA BHARU – Tiga penjenayah berjaya melarikan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux selepas salah seorang daripada mereka memperdayakan jurujual kereta dalam kejadian di sebuah premis di Jalan Hospital Cabang 4, Kampung Cherang di sini semalam.

Dalam kejadian kira- kira pukul 4 petang, seorang suspek berusia 37 tahun menyamar sebagai pelanggan untuk melihat model kereta sebelum meminta untuk memandu uji kenderaan tersebut bersama jurujual terbabit.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semasa di dalam kereta, suspek memaklumkan mahu mengambil dua rakannya di kawasan berhampiran.

“Semasa sedang memandu uji, salah seorang suspek telah mengacukan benda tajam ke leher jurujual manakala suspek lain telah menutup kepala mangsa.

“Mangsa cuba melawan sebelum ditumbuk pada bahagian muka beberapa kali oleh suspek dan diugut akan dicederakan dengan lebih teruk,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Din berkata, suspek kemudian bertindak menolak keluar mangsa daripada kereta dan terus melarikan kenderaan berkenaan.

“Selepas itu, mangsa terus membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut sebelum kembali ke pejabatnya dan mendapati dompet suspek pertama yang menyamar sebagai pelanggan tertinggal di situ,” jelasnya.

Tambah, polis kini memburu seorang lelaki terbabit yang dikenali sebagai Azman Zainal Abidin serta dua lagi rakan suspek untuk membantu siasatan.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as…#ixzz4j1PNqseq

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts