You are here
berita 

Peniaga bahan binaan disamun RM8,000

Quote:

BESUT 16 Feb.- Seorang peniaga bahan binaan diacu dengan sepucuk pistol sebelum wang tunai miliknya kira-kira RM8,000 dilarikan dua lelaki dalam kejadian di bandar Jerteh dekat sini malam tadi

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, peniaga berusia 61 tahun bersama isterinya berada di hadapan kediaman yang juga dijadikan premis perniagaan sebelum didatangi oleh dua orang lelaki yang menaiki motosikal

Kedua-dua lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an hingga 30-an yang memakai topi keledar dan berpakaian gelap mendekati isteri mangsa dan mengancam mereka dengan kata-kata sama ada sayangkan nyawa atau wang

Dalam ketakutan isteri mangsa menyerahkan beg sandang yang mengandungi wang dan suspek turut memaksa pasangan suami isteri itu mengeluarkan kesemua wang yang ada di dalam poket mereka

Sebaik sahaja mendapat wang, kedua suspek melarikan diri dengan motosikal

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mensgesahkan kejadian itu dan berkata, kes disisat di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) (Samun Berkawan Tanpa Senjatapi)

Sementara itu polis menahan dua lelaki berumur 18 dan 26 tahun berjaya ditahan di kawasan Hospital Besut bersama sebuah kereta yang dipercayai disamun di Kota Bharu pada sebelah pagi semalam

Katanya, dua anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu terlihat dua lelaki yang mencurigakan dalam kenderaan yang tidak dilekatkan nombor plet di bahagian belakang kenderan tersebut

http://www.utusan.com.my/berita/terk…VHXNc.facebook


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts