You are here
berita 

Pengguna Grab bertuah dapat komik percuma

Quote:

KUALA LUMPUR: Pengguna Grab Malaysia yang bertuah akan menerima komik percuma apabila menempah kereta istimewa Grab yang dilukis dengan karikatur komik hingga 18 Disember ini

Pengurus Komunikasi Grab Malaysia, Regina Robin, berkata syarikat pengendali aplikasi perkongsian kenderaan terbesar Asia itu memperkenalkan empat kereta persendirian yang akan bergerak di sekitar Lembah Klang

Beliau berkata, lakaran pada kereta berkenaan dilukis artis tempatan Komik Maple, iaitu Azwanjjai, Michelle Lee, Max loh dan Pokcik Fingernailz

“Kira-kira 200 komik terpilih daripada kartunis tempatan akan diedarkan kepada pengguna aplikasi bertuah yang menempah satu daripada empat kereta dengan lakaran komik

“Pengguna yang menempah perkhidmatan untuk ke Fiesta Komik akan menikmati diskaun istimewa selain, boleh menebus komik yang bakal diagihkan sebanyak 500 buah komik ketika Fiesta Komik berlangsung tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),” katanya pada Majlis Pelancaran Kereta Komik Grab, di sini

Seorang pemandu terpilih, Jeff Chiam, 44, berkata beliau tidak sabar menyaksikan reaksi penumpang khususnya, peminat tegar komik apabila menggunakan perkhidmatan istimewa itu

Sementara itu, Grab mengesahkan sudah menggantung sementara perkhidmatan pemandu persendirian Grab yang mengasari pengguna aplikasi yang membatalkan perkhidmatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/224087


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts