You are here
berita 

Pengeluaran visa pelajar asing dipercepatkan dari sebulan ke 14 hari – TPM

Quote:

BAGAN DATUK 21 Jan. Kerajaan akan mempermudah dan mempercepatkan pengeluaran visa pelajar asing daripada sebulan sekarang kepada 14 hari

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kad visa pelajar sementara juga akan dikeluarkan selepas tapisan keselamatan dilakukan, sementara pelajar menunggu permohonan visa mereka diluluskan

“Ketika ini terdapat 4,000 permohonan visa pelajar asing yang belum diproses sehingga menyukarkan mereka untuk belajar ke negara ini.
“Untuk mengatasinya, saya sudah mengarahkan 10 pegawai tambahan ditempatkan di Jabatan Imigresen,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan dan Hadiah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Murid Sekolah Rendah Parlimen Bagan Datok di sini hari ini

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi….6bm22vQg.dpuf


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts