You are here
berita 

Pengawal keselamatan melecur teruk dibakar rakan sendiri

Quote:


SIASATAN lanjut mendapati mangsa sebenarnya tidak disimbah asid sebaliknya dibakar dengan sengaja oleh rakannya. – UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR 13 Feb. – Seorang pengawal keselamatan berusia 42 tahun melecur di bahagian belakang badan dan kedua-dua tangan akibat disimbah petrol dan dibakar oleh rakannya Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memancing bersama sepupu dan dua rakannya pada pukul 8 malam di bawah jambatan Jalan Tun Razak berdekatan Hentian Pekeliling.

“Pada mulanya, mangsa memberitahu dia simbah asid dari atas jambatan lebih kurang pukul 9 malam dan mengakibatkan dia terjatuh ke dalam Sungai Klang dan dibawa arus hingga ke belakang bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Dia kemudian diselamatkan oleh orang ramai keesokan harinya ketika sedang berjalan mencari sepupu dan rakan-rakannya di lokasi awal mereka memancing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut Shaharudin, siasatan lanjut mendapati mangsa sebenarnya tidak disimbah asid sebaliknya dibakar dengan sengaja oleh rakannya.

Jelasnya, punca kejadian adalah kerana suspek tidak puas hati dengan mangsa yang sering mabuk serta membuat kacau.

“Forensik juga telah menjumpai tompokan kesan kebakaran disyaki minyak petrol dan sisa kebakaran untuk dianalisis,” jelasnya.

Tambah Shaharudin, kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

http://www.utusan.com.my/berita/jena…#ixzz56xf64fsk

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts