You are here
berita 

Pengawal keselamatan dipenjara 6 tahun cuba liwat anak rakan

Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Selayang di sini, hari ini kerana cuba meliwat remaja 13 tahun yang juga anak lelaki rakan sekerjanya.

Hakim Zarifah Zainal Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas Shamizal Shamsuddin, 32, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa dekat sungai di Batu Caves di sini, pada 1.05 petang, 26 Februari lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh, yang masih bujang, menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap pada 26 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh yang baru tiga bulan bekerja di syarikat ibu mangsa bekerja, membawa mangsa ke sebuah tempat mandi dan mengarahkan mangsa membuka seluarnya.

Tertuduh mengugut mangsa dia akan memukulnya jika memberitahu perkara itu kepada keluarganya namun mangsa memberitahu ibunya sebelum pengecaman dilakukan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

http://www.hmetro.com.my/node/211318

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts