You are here
berita 

Pengawal didakwa rogol adik kekasih dibebas, ada lelaki lain dalam rumah

Muhammad Syahir (tengah) menangis memeluk bapanya, Ramli (kiri) selepas dia (tertuduh) terlepas dari hukuman penjara atas tuduhan kes rogol tahun lalu, diiringi oleh Peguam, S.S. Seelan (kanan) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan yang didakwa merogol adik teman wanitanya, Jun tahun lepas menarik nafas lega selepas Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan itu.

Hakim Datin M. Kunasundary membuat keputusan itu terhadap Muhammad Syahir Naim Ramli, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Kunasundary berkata, keterangan mangsa di mahkamah tidak konsisten dan tidak jelas dengan laporan polis yang dibuatnya.

“Mahkamah mendapati kredibiliti mangsa tidak boleh dipercayai kerana banyak percanggahan di dalam laporan polis, keterangan utama di mahkamah dan soal balas.

“Selain itu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh yang dijumpai di dalam rumah, tempat kejadian itu juga bukanlah bukti yang boleh menyabitkan tertuduh kerana di dalam rumah itu terdapat beberapa individu (lelaki) lain yang membawa masuk teman wanita mereka.

‘Mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri,” katanya. – Bernama

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as…#ixzz4XJSuis73

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts