You are here
berita 

Penganggur didakwa cederakan lelaki guna kayu

Mohd Hilmie dibawa keluar selepas selesai prosiding mahkamah

Quote:

SUNGAI PETANI – Seorang penganggur berdepan hukuman penjara 10 tahun, denda atau sebat setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini, atas tuduhan mendatangkan cedera menggunakan kayu

Mohd Hilmie Iswadi Ismail, 34, dari Kampung Pengkalan Bujang, Bedong, dituduh melakukan kesalahan itu di atas ban Pengkalan Bunjang, Merbok, di sini, kira-kira jam 5 petang, pada 18 Februari lalu

Mengikut pertuduhan, Mohd Hilmie Iswadi dituduh bersama sembilan orang yang belum ditangkap dengan sengaja menyebabkan cedera kepada seorang lelaki tempatan yang seusia dengannya menggunakan kayu

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun atau denda atau sebat ataupun mana-mana dua daripada hukuman itu

Bagaimanapun, Mohd Hilmie membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Mohd Hadi Hakimi Harun

Menerima pengakuan itu dan rayuan Mohd Hilmie, Mohd Hadi Hakimi membenarkan tertuduh diikat dengan RM5,000 dengan seorang penjamin

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 April ini untuk serahan dokumen

Ketika rayuan, Mohd Hilmie memberi alasan dia baru sahaja datang dari Johor Baharu untuk menjaga ibunya sakit jantung

“Tuan majistret saya minta jaminan dikurangkan, saya baru sahaja balik dari Johor sebab emak sakit jantung, bapa pesakit strok. Buat masa ini, saya tidak bekerja dan saya balik kampung pun untuk menjaga mereka,”katanya

Terdahulu, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…-kayu-1.636242


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts