You are here
berita 

Pencuri 5 helai seluar dalam Uniqlo dipenjara sehari, denda RM500

Quote:

Kuala Lumpur: Seorang penganggur dipenjara sehari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri lima helai seluar dalam dua hari lalu

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee Tek Wui, 46, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu dari tarikh dia tangkap iaitu 18 Februari lalu, dan akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda

Dia didakwa mencuri lima seluar dalam bernilai RM99.73 milik Uniqlo, Suria KLCC, pada 10.40 pagi 18 Februari lalu, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda minimum

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga jurujual di kedai itu melihat tertuduh dalam keadaan mencurigakan dan selepas semakan dibuat mendapati tertuduh mencuri beberapa helai seluar dalam yang dimasukkan ke dalam plastik dibawanya

http://www.hmetro.com.my/node/207552


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts