You are here
berita 

Pemegang dua kerakyatan jadi keldai dadah – Pegawai Anti Dadah Thailand

Quote:

BANGKOK: Seorang pegawai kanan anti-dadah di sini menyarankan supaya Thailand dan Malaysia berbincang menyelesaikan isu berlarutan membabitkan rakyat kedua-dua negara yang memegang status dua kewarganegaraan

Ketua Biro Pencegahan Narkotik (NSB) Thailand, Lt Jen Sommai Kongvisaisuk, berkata ini kerana mereka yang memiliki dua kewarganegaraan itu cenderung dijadikan ‘keldai’ dadah

“Beberapa orang yang kami tangkap (cuba menyeludup dadah ke Malaysia) adalah pemegang dua kewarganegaraan,” katanya dalam temu bual, baru-baru ini

Sommai berkata sindiket mempercayai keldai dadah mudah memasuki Malaysia apabila menggunakan kad pengenalan Malaysia

“Kami sudah menyampaikan amaran ini kepada pihak berkuasa Malaysia tentang trend penyeludupan dadah terkini,” kata Sommai

Isu kewarganegaraan berganda di kalangan rakyat Thailand dan Malaysia menjadi keutamaan dalam agenda kedua-dua kerajaan ketika lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Thailand tahun lalu

Kedua-dua negara bersetuju menyelesaikan isu berkenaan dengan Thailand membekalkan rekod biometrik mereka yang memegang status kewarganegaraan berganda itu

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/247398


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts