You are here
berita 

Pembantu rumah warga asing cemas kaki tersangkut di lubang tandas

Bomba menjalankan operasi menyelamat

Quote:

Ipoh: Seorang wanita warga asing cemas selepas kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumah majikan di Taman Koperasi, malam tadi

Dalam kejadian jam 9.32 malam itu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan

Jurucakap bomba berkata, mangsa adalah warga Thailand berusia lingkungan 30 tahun dan bekerja sebagai pembantu rumah

“Kita menenangkan mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan dan berjaya mengeluarkan kakinya dengan memecahkan mangkuk tandas,” katanya

Menurutnya, mangsa dihantar majikannya ke hospital bagi mendapatkan rawatan

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Zaibidi Sehibi itu tamat pada jam 10.51 malam

http://www.hmetro.com.my/node/202343


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts