You are here
berita 

Pelanggan tampar pekerja pasaraya kerana lambat potong ayam

KEJADIAN seorang pekerja ditampar seorang pelanggan di sebuah pasar raya di Oakland, Seremban baru-baru ini. – IMEJ PEGUN VIDEO

SEREMBAN 17 Jan. – Seorang lelaki bertindak menampar seorang pekerja di sebuah pasar raya di Oakland di sini ekoran ayam yang dibelinya lambat dipotong dalam kejadian pada Ahad lalu.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya tersebut dan rakaman itu tular di media sosial sejak petang semalam.

Rakaman selama 39 saat itu menunjukkan seorang lelaki meluru masuk ke dalam bahagian memproses ayam di pasar raya itu, lalu tiba-tiba menampar muka seorang pekerja dan menarik rambutnya.

Beberapa individu lain termasuk seorang wanita bertudung dan pekerja di pasar raya itu kemudian menenangkan lelaki yang dipercayai pelanggan.

Berikutan itu, mangsa yang berusia 18 tahun telah membuat laporan polis pada Isnin lalu.

Berdasarkan laporan remaja itu, dalam insiden pukul 11 pagi itu, lelaki terbabit didakwa telah meminta seorang rakan sekerjanya supaya memotong ayam yang mahu dibelinya.

Lelaki itu kemudian bertanya kepada mangsa mengenai ayam tersebut, namun dia menjawab tidak tahu sehingga menyebabkan lelaki itu berang lalu menamparnya.

Remaja yang dikatakan baru sebulan bekerja di pasar raya itu mengadu sakit di bahagian pipi kiri dan pening akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan masih menyiasat perkara tersebut.

http://www.utusan.com.my/berita/jena…#ixzz54S1WXLaG

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts