You are here

Pelakon Yang Gila Beg Tangan

Shiqin Kamal Gila Beg Tangan | Pelakon, Shiqin Kamal yang hanya mahu menerima tawaran berlakon filem kerana mahu menjaga nilai eksklusif sebagai seorang pelakon sempat berkongsi dengan GUA 12 perkara menarik tentang dirinya. Jom lihat apa yang sempat GUA sediakan mengenai pelakon ‘Warna Cinta Impian’ ini.
Pelakon Yang Gila Beg Tangan, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, shiqin kamal
1. Shiqin sebenarnya seorang ‘home-person’. Dia lebih suka duduk di rumah terutamanya setelah penat berkerja. Jika ada kesempatan, Syiqin akan pergi bercuti.

2. Gadis ini merupakan sepupu kepada pelakon Edika Yusuf.

3. Seorang yang takutkan haiwan. Terutamanya kucing.

4. Pemilik nama sebenar, Nur Ashiqin Mohd Kamal ini suka bercuti di pulau. Namun, dia sering bimbang jika kulitnya terbakar dek sinaran matahari.

5. Pelakon ini pernah mewakili Kuala Lumpur untuk sukan bola jarring ketika usia remajanya.

6. Shiqin juga pernah terlibat dalam ‘cheer-leading’.

7. Walaupun memiliki wajah yang lembut dan manis, namun Shiqin gemarkan aktiviti lasak. Jika diberi kesempatan, gadis ini mahu membuat aksi ‘stunt’ sendiri.

8. Penggemar kari ayam. Terutama masakan arwah ibunya.

9. Sudah namanya wanita, gadis ini begitu menyukai beg tangan. Jika terlihat yang berkenan dihati dan berpatutan dengan harga, pasti dibelinya. Shiqin juga gemar membeli kasut sehingga ada yang tidak dipakai langsung.

10. Suka pada lelaki yang mempunyai hati yang lembut, bertanggungjawab dan menghormati orang tua serta rakan-rakannya. Gadis 23 tahun ini tidak suka pada lelaki yang panas baran.

11. Shiqin sangat menggemari cokelat.

12. Gadis ini menyimpan impian untuk memiliki kereta Volkswagen Scirocco satu hari nanti.

Baca : Noryn Aziz Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Sumber : gua.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment