You are here
berita 

Pelajar tingkatan 5 hadapi tuduhan rogol, Seks luar tabie dengan remaja 13 tahun

Quote:

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini atas empat pertuduhan termasuk merogol dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan satu yang sama sekolah dengannya

Dua lagi pertuduhan ialah melakukan hubungan seks dengan objek dan melakukan persetubuhan bertentangan tabii terhadap mangsa yang berumur 13 tahun enam bulan itu tanpa kerelaannya

Tertuduh yang berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A. Raof

Bagi pertuduhan pertama remaja itu didakwa melakukan kekerasan jenayah iaitu melakukan hubungan seks dengan objek terhadap mangsa di tangga tingkat 2, sebuah bangunan rumah kedai di Taman Kosas, di sini pada 11.50 pagi, 14 Feb lepas

Dia juga didakwa melakukan persetubuhan bertentangan tabii terhadap mangsa yang sama di tempat, masa dan tarikh sama dan pertuduhan ketiga merogol mangsa di tempat sama pada 12.30 tengah hari pada 15 Februari lepas

Tiga pertuduhan itu masing-masing mengikut Seksyen 377CA, Seksyen 377B dan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan

Bagi pertuduhan keempat, pelajar itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang sama dengan niat mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada 11.10 pagi, 13 Februari lepas

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak tidak menawarkan sebarang jaminan namun tertuduh yang diwakili peguam Akmal Jusoh memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan tertuduh perlu meneruskan pembelajaran selain akan menjalani peperiksaan minggu hadapan dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Haslinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pihak pendakwaan

Mahkamah menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes

http://www.sinarharian.com.my/semasa…rogol-1.641036


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts