You are here
berita 

Pekerja asing di Jepun kali pertama cecah sejuta

Quote:

TOKYO: Bilangan pekerja asing di Jepun melepasi sejuta buat kali pertama tahun lalu, apabila negara yang kekurangan tenaga kerja itu bergelut untuk mencari pekerja tempatan yang mencukupi

Data Kementerian Buruh semalam menunjukkan, setakat Oktober tahun lalu, lebih sejuta warga asing dari negara seperti China dan Vietnam bekerja di Jepun

Itu adalah peningkatan hampir 20 peratus dari tahun sebelumnya dan rekod baru bagi tahun keempat berturut-turut

Angka itu menggambarkan bahawa Jepun semakin beralih kepada pekerja dari luar negara untuk menampung kekurangan tenaga kerja, di sebalik keengganan untuk menerima orang asing

Jepun sedang menghadapi krisis tenaga kerja paling teruk sejak 1991 berikutan bilangan penduduk yang semakin kecil dan penuaan, yang memerlukannya menerima saranan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa untuk menerima pekerja asing

Perdana Menteri, Shinzo Abe, berkata lebih ramai wanita dan warga tua Jepun perlu bekerja terlebih dahulu sebelum menerima pendatang, tetapi pembuat dasar sedang mencari cara untuk membawa masuk lebih ramai pekerja asing tanpa memanggilnya “penghijrahan”

Kekurangan tenaga kerja adalah teruk terutama dalam sektor pembinaan, di mana permintaan melonjak menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan untuk pembinaan semula berikutan gempa bumi dan tsunami pada 2011

Sehingga Oktober tahun lalu, lebih 41,000 warga asing menguasai industri pembinaan, meningkat daripada sekitar 29,000 pada tahun sebelumnya

Data kerajaan yang berasingan menunjukkan, pada November tahun lalu, lebih lapan kali ganda lebih banyak kerja untuk membina rangka pembinaan keluli

“Kami mempunyai pengurus tapak pembinaan di syarikat kami, tetapi masalahnya ialah orang untuk melakukan kerja di situ, itu yang kami kekurangan pekerja mahir,” kata seorang pengurus di sebuah syarikat pembinaan utama Jepun

“Itulah di mana kami perlu mencari orang dan mengapa kami cuba untuk membuka pintu kepada pendatang.”

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/240657


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts