You are here
berita 

Pegawai JPJ maut ditetak

Pontian: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pontian maut ditetak dalam kejadian rompakan di rumahnya di Kampung Pak Intan di sini, 12.38 tengah hari tadi.

Mangsa ditemui berlumuran darah di depan rumahnya sebelum dihantar ke Hospital Pontian oleh adiknya namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa Jaiman Sapar, 53, dipercayai baru membuka pintu sebelum terserempak perompak di dalam rumahnya.

“Hasil siasatan awal, kami percaya mangsa bergelut dengan suspek sebelum ditetak di leher, bahu dan pergelangan tangan menggunakan senjata tajam disyaki parang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/201139

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts