You are here
berita 

Paus ditemui terdampar di kawasan benteng batu

Ikan paus yang terdampar di Tambak petang tadi

Quote:

PONTIAN – Orang ramai yang berada di tepi laut Pusat Perdagangan Pontian atau Tambak di sini, dikejutkan dengan kehadiran seekor ikan paus yang terdampar di benteng batu berdekatan kira-kira jam 6.30 petang tadi

Jamil Sulong, 53, berkata, dia ternampak seekor ikan yang agak ganjil di kawasan benteng batu ketika sedang berjalan-jalan seorang diri di situ

Katanya, dia tidak sangka rutin hariannya beriadah di kawasan tepi laut membawa tuah apabila berpeluang melihat sendiri ikan paus

“Pada mulanya saya agak takut untuk mendekatinya kerana saiznya agak besar tidak seperti ikan-ikan yang biasa dilihat

“Saya bersama dua lagi orang awam yang berada di situ mendekati ikan ganjil itu. Kami amat terkejut apabila ikan berkenaan adalah ikan paus ,”katanya

Jelasnya, dia percaya ikan paus tersebut masih baru terdampar memandangkan tiada bau hamis ikan dan kepala ikan masih lagi berdarah

“Tahun lepas, saya tidak sempat tengok ikan paus yang ditemui nelayan di kawasan jeti Rambah pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina, tahun lepas

“Kali ini, saya diberikan peluang melihat ikan paus dengan lebih dekat. Malah saya berpeluang memegang ikan paus itu yang panjangnya sebesar depa saya,” katanya

Katanya, tidak mengetahui ke mana ikan paus tersebut akan dibawa namun orang ramai sudah mengangkatnya ke kawasan jeti

“Ramai yang berkumpul di sini untuk melihat ikan paus itu. Rata-ratanya terkejut dan tidak menyangka ada ikan paus akan terdampar di Pontian

“Ini kerana ikan paus hidup di kawasan laut yang sejuk dan jarang dilihat berada di kawasan perairan di sini,” katanya

Bagi Alip Aziz, 26 dia amat teruja untuk melihat ikan paus berkenaan dengan lebih dekat kerana ia jarang ditemui

“Saya lihat orang ramai berkumpul di kawasan ikan paus yang ditemui di Tambak. Saya pun cuba mendekatinya dan melihat ada seekor ikan paus

“Sudah dua kali ikan paus ditemui di Pontian. Pada tahun lepas dan tahun ini. Lebih menarik lagi ikan paus ditemui ketika sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, ”katanya

http://www.sinarharian.com.my/semasa…-batu-1.621961


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts