You are here
berita 

Pasir Mas | Lelaki 41 tahun parah ditetak sepupu dengan pedang

LOKASI kejadian tetak melibatkan seorang lelaki di Kampung Tal Tujoh di sini awal pagi semalam. – UTUSAN ONLINE

Quote:

PASIR MAS 18 Jan. – Seorang lelaki cedera parah dipercayai ditetak sepupunya berusia 20-an menggunakan sebilah pedang di Jalan Masjid Kampung Tal Tujuh, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 41 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala, dahi, pipi dan kaki akibat tetakan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pergaduhan itu turut melibatkan tiga lagi suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap sepupunya yang menendang keretanya.

“Suspek telah datang bertemu dengan mangsa bersama tiga lagi rakannya yang berusia antara 20 hingga 30 tahun.

“Kemudian berlaku pergaduhan antara mereka dan suspek telah bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah pedang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, bagaimanapun keempat-empat suspek sudah diberkas oleh polis pada pukul 2 petang hari ini bagi membantu siasatan.

“Suspek utama telah dibawa oleh keluarganya ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wila…#ixzz54YTZhG2H


© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts