You are here
berita 

Pasangan warga emas Jepun pakai sedondon setiap hari

PASANGAN suami isteri jadi ikon fesyen kerana sering berpakaian sama.

Tokyo: Satu pasangan warga emas di Jepun menjadi ikon fesyen di laman Instagram selepas memuat naik gambar mereka berpakaian sedondon hampir setiap hari.

Pasangan berkenaan yang dikenali sebagai Bon dan Pon berusia lebih 60 tahun sudah berkahwin selama 37 tahun.

Apa yang unik dengan pasangan itu ialah mereka gemar berpakaian sedondon hampir setiap hari ketika keluar bersama.

Pasangan itu mula popular apabila membuat akaun Instagram dan memuat naik gambar mereka dengan fesyen menarik hampir setiap hari.

Akaun Instagram pasangan itu Bonpon511 kini mempunyai lebih 75,000 pengikut yang kagum cara mereka berfesyen hampir setiap hari.

Quote:






http://www.hmetro.com.my/node/211687

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts