You are here
berita 

Pakistan International Airlines Terhempas, semua dipercayai maut

Islamabad: Pesawat yang terhempas di Abbottabad itu dilaporkan terbakar dan tiada mangsa yang dipercayai terselamat, kata pegawai polis kanan di situ, Saeed Wazir.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan Muhammad Khan berkata, semua mayat ditemui rentung dan tidak dapat dikenal pasti langsung manakala sisa bangkai pesawat bertaburan.

Katanya, saksi mendakwa pesawat itu terbakar ketika terhempas di kawasan pergunungan.

Sementara itu, imej disiarkan di rangkaian televisyen tempatan dan disebarkan di media sosial menunjukkan bangkai kapal terbang yang terbakar di kawasan pergunungan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata, pesawat itu membawa 47 orang, tetapi pegawai PIA di Chitral, Sohail Ahmed berkata, cuma ada 41 orang termasuk empat anak kapal.

Katanya, seorang bekas penyanyi rock Pakistan yang kini ulama terkenal, Junaid Jamshed antara yang menaiki pesawat berkenaan.

Senarai penumpang turut menunjukkan beberapa rakyat asing antara mereka yang menaiki penerbangan berkenaan.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts