You are here
berita 

Pakar bedah tertua di dunia meninggal di usia 89 tahun


Alla Illyinichna Levushkina, tidak pernah berkahwin.

RUSSIA – Seorang pakar bedah masih melakukan beratus-ratus pembedahan dalam tempoh setahun walaupun usianya sudah mencecah 89 tahun.

Alla Illyinichna Levushkina bertugas di sebuah hospital di Rusia, di mana wanita itu melaksanakan pembedahan pada setiap hari.

Alla memulakan tugas seawal 8 pagi pada setiap hari selama 67 tahun sebagai pakar bedah dan telah melaksanakan lebih 10,000 pembedahan.

Lebih membanggakan, tiada kematian dicatatkan sepanjang kariernya sebagai pakar bedah.

Pada usia tersebut juga, Alla masih belum berkahwin dan kini tinggal bersama sepupunya yang lumpuh di sebuah pangsapuri.

“Saya hanya mahu terus bekerja. Saya tidak perancangan jika bersara.

“Doktor bukan sahaja kerjaya tetapi merupakan hidupa saya,” katanya.

Kebiasaannya, penduduk Rusia akan bersara apabila mencecah usia 50 tahun tetapi bagi Alla, beliau kini memegang rekod sebagai pakar bedah paling tua di dunia yang masih aktif bertugas.

“Saya masih bekerja kerana minat dan mahu menang serta membantu orang lain.

“Ada pesakit yang diselamatkan saya beberapa tahun dahulu selepas tiada pakar bedah mahu melakukan pembedahan ke atas mereka.

“Jadi saya sanggup lakukannya untuk memastikan mereka terus hidup,” katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/berit…-bedah-tertua/

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts