You are here
berita 

Nyaris maut rempuh [email protected] hutan

Rawang: Tiga sekeluarga nyaris maut sejurus kereta dinaiki gagal mengelak lalu merempuh seekor [email protected] hutan dewasa yang meluru masuk ke laluan Lebuhraya PLUS di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang semalam, [email protected] hutan seberat lebih 100 kilogram itu dikatakan berlari ke tengah lebuh raya berhampiran kilometer 446, susur keluar Plaza Tol Rawang Selatan.

Saksi kejadian, Zulkifli Daud, 45, berkata, kereta Proton Saga FLX dinaiki tiga sekeluarga dari arah utara tidak sempat mengelak sebelum melanggar [email protected] hutan itu.

Menurutnya, pelanggaran itu mengakibatkan kereta itu hilang kawalan sebelum memasuki laluan kanan lebuh raya.

“Sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah sama kemudian merempuh belakang kereta Proton Saga itu.

“Seorang wanita warga emas yang berada ditempah duduk belakang kereta Proton Saga itu bagaimanapun terselamat,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan haiwan liar itu mati serta merta akibat kecederaan parah di perut.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu bertindak membantu mengheret [email protected] hutan itu ke bahu lebuh raya selepas mendapati kesesakan lalu lintas berlaku sepanjang lebih satu kilometer,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/node/219896

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts