You are here
berita 

Nenek ditemui maut dengan tangan diikat, kepala diserkup kain

ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa yang dipercayai mati selepas disamun. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber

Alor Gajah: Nenek ditemui meninggal dunia di rumahnya di Taman Seri Bayu 1, di sini, dalam keadaan duduk di lantai ruang tamu dengan tangan diikat ke belakang serta kepala diserkup kain.

Difahamkan, mangsa Kesom Ma’amin, 78, disedari meninggal dunia oleh menantunya Baharudin Mohd Tahir, 66, pada 8.30 pagi, sebelum memaklumkannya kepada isteri Habsah Abu Hassan, 60.

“Saya datang jenguk ibu mentua dan hantar makanan namun hampir 10 kali saya beri salam, tidak bersahut lalu meminta isteri menghubungi arwah.

“Isteri saya kemudian datang dan cuba melihat menerusi tingkap dan kelihatan arwah terduduk di ruang tamu dalam keadaan bersimpuh dengan muka diserkup kain serta tangan diikat,” kata Baharudin ketika ditemui di lokasi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita warga emas dalam rumah di taman perumahan dipercayai disamun dan dibunuh.

“Tiada kesan pergelutan pada anggota badan mangsa dan siasatan awal dapati bilik tidur utama dalam keadaan berselerak,” katanya yang mengklasifikasi kes sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Quote:





http://www.hmetro.com.my/node/216426

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts