You are here
berita 

Nenek 88 tahun menipu hidap HIV elak diri diperkosa

PENNSYLVANIA: Nenek berusia 88 tahun menipu beliau positif HIV bagi mengelak dirogol lelaki yang memecah masuk rumahnya.

“Saya ada HIV dan suami saya meninggal dunia kerananya,” kata wanita itu kepada penceroboh yang memecah masuk pangsapurinya, lapor Philly.com.

Beliau memberitahu WPVI-TV, lelaki berkenaan memecah masuk ke dalam kediamannya di Parkesburg pada tengah hari 17 Februari lalu.

Penjenayah itu merampas dompetnya dan mencuri AS$40 (RM178) yang ada di dalamnya dan cuba menyerang mangsa secara seksual.

Warga emas itu berkata, beliau turut ‘menendang bahagian yang paling menyakitkan penjenayah itu’ sebelum dia melarikan diri.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Polis berkata, rompakan itu tiada kaitan dengan satu lagi serangan di Mukim Chester bulan lalu.

Dalam kes itu, wanita berusia 71 tahun diikat dan dikunci dalam almari dan cuma ditemui empat hari kemudian.

Remaja berusia 17 tahun didakwa berikutan kes itu. – AGENSI

http://www.bharian.com.my/node/256152

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts