You are here
berita 

Nafi tular abang nya meninggal, Razif Sidek masih sihat – Rashid

Berita kematian Razif tersebar dalam media sosial sejak malam tadi

Quote:

KUALA LUMPUR – Berita kematian bekas jaguh beregu badminton negara Datuk Razif Sidek yang tersebar di laman sosial, adalah palsu

Ini dinyatakan adik beliau, Rashid Sidek

Rashid yang dihubungi Bernama berkata abangnya kini berada di Genting Highlands, Pahang, bagi menghadiri Kejohanan Badminton Liga Purple

“Saya sendiri terkejut apabila menerima banyak panggilan daripada kawan-kawan yang bertanyakan tentang perkara ini sejak malam tadi. Jika berita itu benar, sudah pasti saya akan dimaklumkan lebih awal,” katanya

Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir individu yang berniat buruk dengan memuat naik gambar seorang lelaki didakwa sebagai Razif terlantar di atas katil hospital

“Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main kerana ia melibatkan nyawa dan perasaan individu yang terdekat dengan beliau,” kata Rashid

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…#ixzz4YNNuo9Yg


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts