You are here
berita 

Murid mati dipukul cikgu kerana tak tahu membaca

Laikipia (Kenya): Seorang kanak-kanak 10 tahun mati semalam selepas dipukul seorang guru kerana tidak tahu membaca.

Guru berkenaan dikatakan turut mengarahkan murid lain memukul mangsa.

Polis masih memburu guru terbabit yang dilaporkan menyembunyikan diri selepas kematian kanak-kanak berkenaan, Joy Wangari, murid sebuah sekolah rendah di sini.

Ibu Wangari, Mary Wanjiku memberitahu media tempatan: “Seorang murid yang duduk di sebelah anak saya disuruh mengajarnya membaca dan memukulnya jika dia tidak boleh. Guru kelas mula memukul belakang anak saya apabila mendapati dia tidak boleh membaca.

Menurut ibu bapa lain, anak mereka juga didesak memukul Joy oleh guru itu sebagai cara dia melindungi kekejamannya.

Selepas dipukul, murid berkenaan mengadu kepada guru besar dan dia dibenarkan pulang.

Seorang jiran, Ann Wairimu berkata, dia menziarah kanak-kanak itu pada hari berkenaan.

“Dia kelihatan lemah dan mengadu sakit dada dan belakang. Joy berkata, dia dipukul guru dan rakan sekelasnya,” kata Ann.

Empat hari selepas serangan itu, keadaan Joy semakin teruk dan dia dihantar ke hospital.

Malangnya, dia meninggal dunia ketika dirawat. – Agensi

http://www.hmetro.com.my/node/202525

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts