You are here
berita 

Muka ‘musnah’ akibat jangkitan kuman

Keadaan Tran Thi Yen Nhung sebelum (kiri) dan selepas dijangkiti kuman

Quote:

MY THO – VIETNAM. Impian seorang wanita untuk menjadi pelakon musnah selepas tiga tahun terseksa jangkitan di bahagian hidung dan mukanya bagaikan ‘dimakan’ kuman

Menurut laporan Mirror, Tran Thi Yen Nhung, 28 disahkan menghidap sinusitis tiga tahun lepas dan keadaannya kini semakin teruk

Keluarga Nhung tiada pilihan lain selain membenarkan dia dibedah tidak lama kemudian

Namun begitu, pembedahan menyebabkan jangkitan tersebut semakin kronik dan merebak hampir ke seluruh muka mangsa

Tidak sampai setahun, kuman tersebut telah memusnahkan hidung dan mulut Nhung, selain menarik perhatian lalat

Jangkitan tersebut akhirnya menyebabkan Nhung tidak mampu melihat dan makan dengan dengan sempurna dan terpaksa dibantu oleh ahli keluarga

“Melihat keadaan Nhung sangat menyedihkan kami. Dia tidak pernah tidak merasa sakit. Nhung pula bagaikan merayu supaya tidak lagi menghabiskan wang untuk rawatannya. Dia kata dia okey, dan dia tidak mahu kami menangis,” kata ibu saudara Nhung, Tran Van Hong

Kata Hong lagi, sudah berpuluh-puluh doktor membantu Nhung dan menjalani pelbagai terapi, tetapi usaha mereka hanya sia-sia

Pakar hidung dari Pusat Alergi dan Asma New York, Wellington S. Tichenor berkata jangkitan Nhung berkemungkinan adalah kombinasi kulat dan rawatan awal yang tidak mencukupi

“Penyakit tersebut adalah berbeza di lokasi berbeza di dunia. Perbezaan iklim, ubat dan rawatan juga memainkan peranan,” jelas Wellington

http://www.sinarharian.com.my/global…kuman-1.629081


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts