You are here
berita 

Muka iras Selena Gomez, gadis Sabah jadi rebutan TV, iklan

Phanthegerow Louiselle Leo Estrop, 18, dari Kota Kinabalu dikatakan mirip artis Hollywood Selena Gomez. — Foto ihsan Instagram/phantegerow

KOTA KINABALU, 19 Mac — Mirip wajah artis antarabangsa Selena Gomez, seorang gadis berusia 18 tahun menjadi rebutan iklan fesyen dan produk kecantikan selain ditawar berlakon.

Phanthegerow Louiselle Leo Estrop dari Kota Kinabalu sering jadi tumpuan ‘peminat’ untuk bergambar ketika berjalan di pusat beli-belah, selain mempunyai lebih 27,000 pengikut di Instagram dan Facebook.

Gadis kacukan Kadazan-Dusun dan Belanda itu juga mendapat tawaran berlakon filem Sumpahan Akinabalu terbitan New Line Film Sdn Bhd.

“Banyak yang menghubungi saya untuk menjadi model bahkan untuk berlakon tetapi buat masa ini saya hanya menandatangani kontrak untuk berlakon dan ia tidak terikat dengan masa saya.

“Saya juga perlu fokus untuk terus belajar. Oleh itu, saya menerima tawaran berlakon kerana ia tidak mengganggu masa saya untuk belajar,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Mesra disapa Phan, wajah yang menjadi perhatian media sosial sejak sebulan lalu sebenarnya disedari seakan artis Hollywood sejak sekolah rendah lagi apabila ditegur rakan.

“Saya tetap saya. Walaupun orang ramai menganggap wajah saya mirip Selena Gomez. Tipulah kalau saya tidak rasa bangga dan gembira apabila orang ramai menganggap sedemikian.

“Bagi saya, ia satu penghormatan dan saya tidak bermegah-megah dengan keadaan itu, malah saya sedar siapa diri saya,” katanya.

Quote:







Pernah memenangi Miss Sabah Female Icon 2015.


– See more at: http://www.themalaymailonline.com/pr….fS5vsZUZ.dpuf

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts