You are here
berita 

Motor terbabas, dua maut

Keadaan mayat Kamarulnizam yang ditemui maut di dalam parit di Kampung Kedah, Parit Buntar. Gambar kecil: KAMARULNIZAM

PARIT BUNTAR – Malang tidak berbau buat seorang pelajar sekolah agama dan seorang pemuda apabila kedua-dua maut setelah motosikal dinaiki terbabas masuk ke dalam parit di dua kejadian berasingan, pagi ini.

Dalam kejadian pertama, seorang mangsa, Kamarulnizam Mohd Radzi, 14, yang merupakan pelajar sebuah sekolah agama di sini maut di lokasi kejadian di Parit 1, Kampung Kedah setelah motosikal ditunggang terbabas dan mangsa tercampak ke dalam parit lebih kurang jam 6.40 pagi.

Sementara seorang lagi mangsa, Zulkifly Zakariya berusia lingkungan 20an dan berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, ditemui maut dalam keadaan tersembam di dalam parit di Kampung Sungai Kota, di sini dan ditemui orang awam pada jam lebih kurang 7.30 pagi tadi.

Mayat Zulkifly dipercayai berada di dalam parit di lokasi kejadian setelah motosikal dinaiki terbabas dalam parit lewat malam semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih dijalankan.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts