You are here
berita 

MH179 ke Colombo berpatah balik kerana alami masalah teknikal

Quote:

PUTRAJAYA – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH179 yang dalam perjalanan ke Colombo telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kerana mengalami masalah teknikal

Malaysia Airlines berkata pesawat itu yang berlepas dari KLIA pada 10.10 malam tadi, terpaksa berpatah balik apabila unit kuasa sokongan (APU) tidak boleh dihidupkan

“Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang kejadian tidak diingini pada 1.50 pagi hari ini,” katanya dalam kenyataan

APU ialah unit kuasa sokongan yang perlu dihidupkan apabila pesawat terbang melintasi kawasan perairan

Malaysia Airlines berkata berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike bagi penyelengaraan landasan berjadual, penjadualan semula penerbangan dengan segera tidak dapat dilakukan dan sehubungan itu penumpang telah ditempatkan di hotel-hotel berdekatan

Katanya penerbangan itu kini beroperasi sebagai MH179D dan berlepas dari KLIA pada 3:30 petang dan tiba di Colombo pada 4:35 petang (waktu tempatan), hari ini

Malaysia Airlines berkata penerbangan balik MH178D dijadual berlepas dari Colombo pada 5:10 petang (waktu tempatan) pada hari sama dan tiba di Kuala Lumpur pada 11:20 malam

“Keselamatan menjadi keutamaan nombor satu Malaysia Airlines pada setiap masa,” katanya

Syarikat penerbangan itu memohon maaf kepada semua tetamunya atas gangguan terhadap jadual perjalanan mereka itu

http://www.sinarharian.com.my/semasa…nikal-1.630224


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts