You are here

Mereka Rapat selepas lakon babak romantik

Pertama kali digandingkan dalam drama slot Akasia TV3, Rindu Awak 200%, ada rasa kekok yang bertamu di hati masin pelakon Zul Ariffin dan pelakon baharu, Ayda Jebat
Mereka Rapat selepas lakon babak romantik, info, terkini, hiburan, sensasi

Bukan sekejap, malah perasaan seperti orang asing itu berlangsung selama dua minggu penggambaran drama yang sebahagiannya dilakukan di Istanbul itu.

Memiliki perbezaan umur dengan Ayda sebanyak enam tahun, Zul mengakui, bekas peserta Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) itu seorang yang tidak suka duduk diam dan suka bermain.

“Sejujurnya saya mengaku tidak mempunyai keserasian langsung dengan Ayda. Memang kami kena bina keserasian itu secara spontan di set penggambaran kerana masing-masing sibuk untuk keluar bersama mengenali satu sama lain.

Mereka Rapat selepas lakon babak romantik, info, terkini, hiburan, sensasi
“Saya kena ikut rentak dia sebab dia sangat suka bermain dan tidak suka duduk diam. Sehingga kami mahu berbincang mengenai babak juga susah,” ungkap Zul sambil ketawa ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, selepas melakonkan babak romantik bersama Ayda, baru pelakon bertubuh sasa itu dapat mengenali sikap sebenar pelakon yang memiliki wajah seiras pelakon Wawa Zainal itu.

Kata Zul, Ayda sebenarnya takut untuk berlakon bersamanya.

Mengakui telahan Zul itu betul, dedah pelakon berasal dari Melaka itu, pada mulanya dia susah untuk berlakon di samping Zul.

“Zul macam seorang abang. Dia serius dan tegas. Saya pula seorang yang gila-gila. Susah sebenarnya mahu menangani dia,” jelas Ayda.

Mereka Rapat selepas lakon babak romantik, info, terkini, hiburan, sensasi
Biarpun berkeadaan kekok selama dua minggu penggambaran, sebenarnya ia membantu Ayda dan Zul.

Sebabnya, ujar Ayda, pada episod pertama hingga ketujuh drama yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam itu, dia melakonkan watak isteri bernama Armel Aisya yang tidak menyukai suaminya, Zill Faezrul (lakonan Zul).

“Mujurlah, episod pertama hingga ketujuh drama ini, saya dan Zul masih berlakon sebagai suami isteri yang memiliki hubungan yang tegang. Armel seorang keras kepala dan tidak menerima Faezrul sebagai suaminya selepas perkahwinannya diaturkan keluarga,” ulas Ayda mengenai wataknya.

Baca : Miera Liyana Demand dalam Tawaran?

Sumber : kosmo.com.my

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment