You are here
berita 

Merajuk dengan ibu tak dapat tanah, duda bakar diri dalam kereta

Quote:

KEADAAN kereta Proton Saga yang terbakar di sebuah ladang dekat Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, Batu Pahat. – Foto ihsan polis


KEADAAN kereta terbakar sepenuhnya. – Foto ihsan polis


BATU PAHAT: Mayat seorang lelaki ditemui rentung dalam kereta di sebuah kebun sawit di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang tadi, rangka lelaki itu ditemui orang ramai sebelum melaporkannya polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata mangsa dikenali sebagai Ting Ching King, 60, seorang duda anak satu.

Katanya, lokasi kejadian adalah dalam kawasan kebun sawit iaitu kira-kira lima kilometer dari Jalan Yong Peng-Ayer Hitam.

“Mangsa dijumpai terbaring dalam kereta jenis Proton Saga dengan kedudukan di tempat pemandu dan rentung.

“Keadaan kereta terbakar sepenuhnya dan siasatan awal mendapati kereta dalam keadaan pintu berkunci dan cermin dalam keadaan tertutup namun keseluruhan cermin sudah terbakar dan cair.

“Pintu kereta dalam keadaan berkunci, manakala brek tangan dalam keadaan terangkat dan dijangka sudah terbakar dua hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Wahib berkata, semakan pada nombor chasis mendapati kereta itu milik seorang lelaki lain beralamat di Taman Universiti, Skudai di Johor Bahru, dipercayai masih belum ditukar milik kepada mangsa.

“Mangsa merajuk dengan ibunya kerana kebun kelapa sawit tidak dipindah milik kepada mangsa dan sebagai bukti mangsa membakar kereta bersamanya.

“Kali terakhir mangsa berhubung dengan ibunya adalah pada Jumaat lalu kira-kira jam 3 petang memberitahu mangsa sudah tidak mahu lagi mengambil apa-apa bahagian harta milik keluarganya,” katanya.

Mangsa menyewa bilik di sebuah rumah di Jalan Hujung, Yong Peng, di sini.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

http://www.bharian.com.my/node/235020

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts