You are here
berita 

Meninggal dunia ketika bermain karom

Quote:

KOTA BHARU – Seorang tukang rumah meninggal dunia akibat sakit jantung ketika sedang bermain karom bersama rakannya dalam kejadian di Kampung Lating, Mulong di sini pagi tadi

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, mangsa Mohd. Yusoff Mohamed Abdullah, 46, secara tiba-tiba terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian tidak lama kemudian

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, mangsa dikatakan selalu berada di warung berkenaan bersama rakan-rakan sekampungnya pada waktu malam

“Rakannya yang panik melihat mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian cuba memanggil mangsa berulang kali namun tiada tindak balas

“Lelaki terbabit dengan bantuan beberapa penduduk kampung yang berada di tempat kejadian kemudian mengangkat dan baringkan mangsa di atas pangkin yang ketika itu masih bernyawa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus pegawai kesihatan sampai di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…#ixzz4VdpHGA8k


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts