You are here
berita 

Meninggal dunia dalam bas ekspres

Quote:

Kuantan: Seorang penumpang bas ekspres meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Melaka dari Kuala Terengganu, dekat Cherating di sini, awal pagi tadi

Kejadian jam 2.30 pagi itu disedari pemandu bas ekspres berusia 40 tahun yang berhenti di Sungai Ular, Cherating, di sini, selepas mendapati seorang penumpangnya berada dalam keadaan mencurigakan

Difahamkan, mangsa lelaki berusia 43 tahun berasal dari Kemaman, Terengganu

Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pemandu bas itu cuba mengejutkan lelaki berkenaan namun dia tidak bergerak atau menunjukkan sebarang reaksi

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan pemandu bas berhubung kejadian dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut

“Siasatan awal mendapati mangsa memiliki rekod lampau berkaitan dadah,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/196675


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts