You are here
berita 

Menara SSI mercu tanda baharu Ipoh

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (empat dari kanan) menyaksikan Pengerusi MH Amanjaya Properties Sdn Bhd, Datuk Aminudin Hashim (dua dari kanan) menyerahkan replika kunci Menara SSI kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Azizul Rahman Mohammad (dua dari kiri) di Ipoh

Quote:

IPOH: Menara SSI setinggi 11 tingkat yang terletak di Jalan Sultan Iskandar di sini, akan menjadi mercu tanda baharu bandar raya Ipoh berikutan kedudukan dan lokasinya yang terletak di nadi pusat bandar raya yang menempatkan pelbagai kemudahan komersial, hotel dan pusat beli belah

Menara SSI juga mercu tanda kepada pembangunan projek Ipoh SOHO 2 (pejabat kecil rumah pejabat) yang turut menyediakan pelbagai kemudahan komersial berkonsepkan pembangunan bercampur merangkumi sebuah hotel, SOHO dan ruang pejabat untuk disewa

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Datuk Aminudin Hashim berkata, projek dibangunkan dengan kerjasama MH Amanjaya Properties Ventures Bhd (MHAP) iaitu syarikat usaha sama antara Amanjaya Properties Sdn Bhd yang juga anak syarikat Mb Inc dan Man Hoe Properties Sdn Bhd membabitkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM100 juta dan dibangunkan sejak 2014

“Bangunan ini pasti akan mempunyai impak positif dari segi ekonomi kerana kedudukannya dan ia juga adlah hasil usaha sama baik antara MB Inc dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Menara SSI yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan di sini, hari ini

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Rohana Abdul Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Azizul Rahman Mohammad

Menara SSI itu juga akan menjadi ibu pejabat kepada SSI serta beberapa agensi kerajaan yang lain, antaranya Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Berkeluasan kira-kira 5,742 meter persegi, menara yang dianggarkan bernilai RM30.5 juta itu dijangka akan mula diduduki pertengahan tahun ini

Sementara itu, Azizul Rahman berkata, Menara SSI itu adalah hasil perkongsian kerjasama antara dua agensi kerajaan negeri iaitu Mb Inc dan SSI yang akan memberikan pulangan yang baik kepada SSI selaku pemilik tanah yang memberikan nilai tambah kepada SSI

“Terima kasih juga kepada MH Properties yang turut berjaya menyiapkan menara ini dalam tempoh ditetapkan meskipun berdepan situasi mencabar masa kini,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/235485


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts