You are here
berita 

Memiliki kerambit berhulu kayu, Alasan hobi tak diendah, Lelaki dipenjara 7 tahun

Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan Nazri

Quote:

KOTA BHARU – Alasan mengumpul kerambit sebagai hobi dan minat terhadap barangan antik gagal menyelamatkan bapa seorang anak apabila dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Anaz Hakimi Mohd Rizuan, 20, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan

Tertuduh didapati bersalah memiliki senjata kerambit berhulu kayu tersebut di tepi jalan di Kampung Baru, Pasir Puteh, pada jam 5.35 petang, 10 Ogos lalu

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya tidak mengulangi jenayah sama

Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan bagaimanapun memohon hukuman itu diringankan dengan mengambil kira tanggungan yang dipikul tertuduh iaitu seorang anak lelaki berusia dua tahun dan isterinya

Nazri kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa semalam

Tertuduh ditahan polis pada Ogos lalu, selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan berada di atas motosikal yang diletakkan di tepi jalan

Sementara itu, di perkarangan mahkamah semalam, suasana bertukar hiba tatkala anak tunggal tertuduh beberapa kali memanggilnya dan mencium tertuduh

Tertuduh bagaimanapun dibawa masuk ke lokap mahkamah dan dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, selepas itu

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…endah-1.610939


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts