You are here
berita 

McDonald’s Banting yang diarah tutup 
kerana kotor, dibuka semula

Foto yang tersebar dan disalah guna individu tak bertanggungjawab dengan mengaitkan dengan viral kopi mengandungi lemak ba.bi.

KUALA LANGAT 21 Dis. – Restoran makanan segera, McDonald’s di Banting dekat sini yang diarah ditutup pada 15 Disember lalu, dibuka semula Sabtu lalu setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zailan Adnan berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan penutupan sementara operasi restoran makanan segera itu susulan aduan daripada orang awam berkaitan aspek kebersihan premis tersebut.

“Arahan menutup premis makanan adalah sama tanpa mengira sama ada ia restoran mewah atau kedai makan biasa, jika didapati kotor,” katanya di sini hari ini.

Pada 15 Disember lalu, gambar notis perintah tutup McDonald’s Banting oleh Pejabat Kesihatan Pelabuhan Klang tersebar melalui media sosial.

Arahan penutupan sehingga 29 Disember dilakukan atas alasan tidak bersih dan tidak disucikan sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan umum.

Sementara itu, jurucakap McDonald’s Malaysia dalam kenyataannya berkata, restoran makanan segera itu sudah dibuka semula dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 17 Disember lalu, lebih awal dari tarikh sepatutnya.

“Di McDonald’s, kualiti dan keselamatan makanan adalah keutamaan kami. Kami amat menitikberatkan amalan kualiti, keselamatan dan kebersihan yang tertinggi, seiring dengan standard global McDonald’s.

“Ini supaya pelanggan dapat menikmati produk kami tanpa was-was,” katanya.

https://www.utusan.com.my/berita/nas…emula-1.422808

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts