You are here

Mayat Wanita Ditemui Dalam Beg Pakaian Dalam Longkang

GEMAS – Seorang pekerja kedai perabot menemui mayat seorang wanita dalam beg pakaian yang berkunci dengan mangga dan diikat di dalam sebuah longkang di Taman Gemas Jaya di sini, petang semalam.
Mayat Wanita Ditemui Dalam Beg Pakaian Dalam Longkang, info, terkini, berita, kejam
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata, sebaik menerima maklumat penemuan itu pada jam 5 petang, sepasukan anggota polis, termasuk Unit Forensik, bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, polis menemui mayat seorang wanita berusia 20-an yang berbaju T gambar Mickey Mouse dan berseluar biru.

“Terdapat kesan luka sepanjang enam sentimeter pada dahi dipercayai akibat hentakan benda tumpul, manakala kedua-dua tangan terdapat kesan lebam dan dua jari tangan kiri hancur,” katanya.

Kooi Cheang berkata, terdapat beberapa helai baju ditemui dalam beg itu yang biasanya digunakan untuk melancong.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat. 
Sumber : BH Online

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment