You are here
berita 

Maut terkena renjatan elektrik ketika cuba buat penyambungan haram

MANGSA renjatan elektrik dibawa turun oleh anggota bomba di Jalan Bubul Lama, Semporna, Sabah

Quote:

SEMPORNA: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika dipercayai melakukan penyambungan haram dari tiang elektrik ke rumah berhampiran di Jalan Bubul Lama dekat sini, petang tadi

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Izham Borhan, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.30 petang sebelum menghantar tujuh anggota bersama dua jentera ke lokasi

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati tergantung di tiang elektrik dipercayai terkena renjatan elektrik,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi

Fazizul Izham berkata, bomba dibantu oleh petugas Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menurunkan mangsa dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/247052


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts