You are here
berita 

Maut dihempap jengkaut

Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mayat yang tersepit bawah jengkaut

Quote:

Banting: Seorang pekerja warga Indonesia maut dihempap jengkaut di sebuah jeti di Telok Panglima Garang, di sini, 3.30 petang tadi

Jodi Renanda, 19, yang berasal dari Aceh meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di anggota badan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan daripada polis pada jam 3.34 petang

“Sepasukan lapan pegawai dan anggota berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah jengkaut

“Kami mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa,” katanya

Menurutnya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

http://www.hmetro.com.my/node/197774


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts