You are here

Mata Kiri Lee Seung Gi Cedera Terkena Pisau


SEBILAH pisau yang digunakan sebagai alatan penggambaran telah terkena pada mata kiri pelakon Lee Seung Gi  yang dikhuatiri boleh mengakibatkan korneanya cedera.

All Kpop melaporkan, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu ketika di set penggambaran sehingga menyebabkan pelakon itu terpaksa dikejarkan ke hospital.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat pendarahan pada mata pelakon itu dan dia dinasihatkan oleh doktor agar berehat walaupun dia berhasrat meneruskan penggambaran.

Kejadian itu menyebabkan pihak produksi membuat keputsuan untuk membatalkan siaran rancangan itu. – mstar Online

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment