You are here
berita 

Masuk dari tingkat atas, Guna sambungan kain & seluar turun bawah pecah tabung masjid

Abas menunjukkan lubang mangga tabung sumbangan yang dipercayai dirosakkan menggunakan alat pemanas bergas mini

Quote:

TANJUNG GEMOK – Dua tabung sumbangan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), di sini sekali lagi dipecahkan oleh pencuri, namun kali ini tidak melibatkan kehilangan wang yang besar

Kejadian terbaru itu disedari jemaah yang datang ke masjid untuk solat subuh berjemaah, awal pagi kelmarin namun ia tidak lagi mengejutkan susulan kekerapan kes pecah peti tabung derma di masjid itu

Bilal masjid, Abas Jusoh, 78, berkata, dia yang datang lebih awal bersama bilal kedua, Abdul Rahim Ishak, 56, menyedari dua tabung dalam keadaan terbuka ketika memasuki ruang solat

Menurutnya, tabung besi itu ditempah khas dan agak kukuh namun pencuri masih mampu memecahkannya dipercayai menggunakan gas sebelum membakar bahagian lubang mangga kerana ada kesan seperti terbakar

Beliau kemudian memaklumkan kejadian itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Gemok, Mohd Zaker Awang sebelum membuat laporan polis

“Sebelum ini dah banyak kali terjadi, pihak masjid juga sudah ambil pelbagai inisiatif bagi mengatasi masalah ini antaranya sentiasa mengutip wang tabung dan segera menyimpannya di bank

“Ada kes tabung pun dibawa lari dan kami jumpa di Kampung Janglau selepas ditinggalkan pencuri,” katanya kepada pemberita, semalam

Beliau berkata, kali ini pencuri bertindak di luar jangkaan kerana masuk melalui tingkat atas dan turun ke ruang solat dengan menggunakan kain sarung dan seluar yang disambung dijadikan seperti tali

Katanya, ia disedari jemaah perempuan pada pagi itu yang terjumpa kain sarung dan seluar diikat bersambung itu di ruang solat mereka sebelum melaporkan kepadanya

“Pintu untuk ke tingkat atas ruang solat wanita tu memang tak berkunci, tak sangka pencuri akan guna kaedah seperti ini,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor yang dihubungi mengesahkan kejadian itu

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…pecah-1.637655


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts