You are here
berita 

Mandi-manda bertukar tragedi

Quote:

BUKIT BESI – Kegembiraan sekumpulan remaja mandi-manda di Tasik Puteri, Bandar Al-Muktaffi Billah Shah bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas, di sini, hari ini

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi, Muhammad Ishaqnur Abd Latiff, 17 dipercayai lemas setelah terjun ke dalam tasik dan difahamkan mangsa tidak pandai berenang

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar AMBS, Jas Wari [email protected] berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.33 pagi

“Seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi dibantu empat anggota dari unit penyelamat di air dari Balai Bomba Penyelamat Chukai

“Mayat mangsa yang berasal dari Taman Perdana, Bukit Chatak, Dungun ditemui pada jam 12.42 tengahari selepas 14 minit operasi dilancarkan

“Jasad mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira tujuh meter di dasar sungai dan dua meter dari lokasi dia terjun,” katanya kepada pemberita

Mayat mangsa yang juga pelajar SMK Seri Dungun diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Dungun untuk urusan selanjutnya

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…agedi-1.611664


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts