You are here
berita 

Mana ada penjara Seremban minta RM10

Muhammad Nazri (berdiri kiri) Pengarah SAINS, Wan Rasdi Wan Ismail (berdiri kanan) memberi kurma kepada banduan dalam Majlis Iftar Ramadan dengan SAINS bersama penghuni penjara seremban. FOTO Adzlan Sidek

JABATAN Penjara Seremban sudah membuat laporan polis berhubung mesej palsu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa Penjara Seremban meminta sumbangan RM10 bagi pembelian sekotak kurma untuk diagihkan kepada penghuni penjara.

Pengarahnya, Muhammad Nazri Nasrudin berkata, laporan dibuat di Balai Polis Jalan Campbell, Seremban, Jumaat lalu.

Katanya, pihaknya amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menggunakan nama jabatan untuk mengaut keuntungan dan tidak mengenali individu yang menularkan mesej berkenaan.

“Ia bukan sahaja memalukan nama Penjara Seremban malah Jabatan Penjara Malaysia,” katanya selepas Majlis Iftar Ramadan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) bersama Penghuni Penjara Seremban, malam ini.

Muhammad Nazri berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Mesej yang tular sejak minggu lalu mendakwa kerajaan tidak lagi menampung perbelanjaan penjara dan meminta sumbangan untuk membeli kurma buat penghuni menjalani ibadah puasa.

Tajuk mesej ‘Sebiji Kurma Mengukir Senyuman’ itu juga menyertakan nombor akaun kepada individu yang mahu memberi sumbangan

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts