You are here
berita 

Malaysia nafi tuduhan AS, kaji semula aktiviti dagangan dua hala – Mustapa

Pihak kementerian telah mengambil langkah untuk meneliti semula aktiviti perdagangan dua hala terutama dengan AS. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menyangkal tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang melabelkan Malaysia sebagai ‘penipu’ perdagangan dan telah bertindak mengkaji semula aktiviti dagangan dua hala dengan negara maju itu.

Ketika menegaskan pendirian itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia sememangnya menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa secara adil dan saksama.
Malah, kerajaan juga tidak pernah bertindak memanipulasi mata wang atau memberi sebarang bantuan yang menyalahi undang-undang antarabangsa termasuk ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Bagaimanapun, berikutan tuduhan itu, pihak kementerian telah mengambil langkah untuk meneliti semula aktiviti perdagangan dua hala terutama dengan AS.

“Angka (dagangan) kita menunjukkan kita mempunyai lebihan dengan AS pada sekitar US$6 bilion. Namun mengikut AS, jumlahnya adalah melebihi angka berkenaan.

“Dari segi dasar (perdagangan) pula, kita yakin bahawa dasar-dasar kita telah mengikuti amalan biasa dalam perdagangan antarabangsa, termasuk yang telah ditetapkan oleh pihak WTO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Perbincangan Panel ‘Rakan Dalam Dunia Pasca Brexit’ Malaysia-Britain di sini, hari ini.

http://www.astroawani.com/berita-bis…mustapa-138113

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts