You are here
berita 

Malang berganda, Lori terbabas & terbakar

Quote:

Tasek Gelugor: Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh pokok lalu terbakar dekat Sungai Korok, di sini, 3.15 petang tadi

Ketika kejadian mangsa berusia 60-an dipercayai dalam perjalanan dari arah Kepala Batas menghala Kampung Selamat

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor diketuai Penolong Penguasa Bomba Muhammad Hayazi Taib bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.21 petang

Bomba mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan melecur 10 peratus di bahagian kaki sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan

http://www.hmetro.com.my/node/194616


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts